Seperti yang sepatutnya, aku bukanlah seorang yang cepat marah. Dalam apa-apa hal pun memang susah nak marah. Kalau aku marah pun sekejap sangat, lepas tu dah, ok balik. Ada setengah orang kalau marah pung pang pung pang, tapi aku kalau marah aku senyap je. Sebolehnya aku akan alihkan perasaan marah aku dekat benda lain. Sebab aku rasa bila marah bukan satu penyelesaian yang baik dalam sesuatu masalah. Lagi keruhkan keadaan ada. Sama jugak macam tinggikan suara. Kalau orang tu jenis yang tak paham bahasa atau rasa dia saja betul, kau marah ke kau tinggikan suara pun tak guna. At last, kau jugak yang stress, baik kau senyap sudah. Buat hal sendiri, pikir benda best-best.
Cuma ada 3 keadaan yang akan buat aku secara automatik jadi naga.
1- Time tengah drive.
Tiap2 hari aku akan ulang alik 40minit sehala untuk ke tempat kerja. Dalam masa 40 minit tu, kadang2 terlalu banyak orang bangang di atas jalan. Contohnya, pompuan cina berkereta besar tapi bawak macam naik basikal duduk lane kanan atau time nak keluar simpang,dia akan tunggu jalan clearrrrrrrrr 10 km baru keluar. Atau lori/bas yang tak sedar diri dorang tu takde hak langsung untuk berada kat lane tengah atau kanan. Tempat kau memang termaktub di lane kiri SAHAJA. Manusia yang tak reti nak bagi signal masa tukar lane, dan manusia yang gopoh bawak kereta especially time pergi kerja. Kau reti bangun awal tak bongok dan manage your time? Ni bawak macam setan. Itulah dia ye contoh2 orang Malaysia di atas jalan raya.
2- Orang yang taktau give and take
Ni biasanya berlaku kalau kau sewa rumah dengan member-member. Kita tong duit sama2, makan tapi lepas makan, kau basuh tangan, pastu blah. pinggan kau biar kat sink. Tak kesah la walaupun masa tu ada orang offer, "takpe aku basuh". Aku tak kesah kalau kau merupakan salah seorang yang sumbang tenaga masak nasik ke, tolong buat air ke, paling cikai pun tolong bentang tikar. Ni tak, Orang lain masak, orang lain bentang tikar, orang lain cedok nasik, orang lain buat air, orang lain bawak lauk letak depan bijik mata kau. Yang kau buat, duduk, tunggu, makan, sudah makan, bangun basuh tangan, surf internet. Wahhh hebat, macam firaun semua orang buatkan. Dan sebabkan faktor macam ni lah, bila kau tolong pun, orang lagi rela kau duduk jauh2, sebab : kalau kau tolong simpan balik lauk, kau angkat letak atas meja je, tapi kau tak tutup dengan tudung saji. Apakah bangangnye itu? Tak semenggah langsung buat kerja. Atau angkat pinggan yang dah habis lauk kat sink, kau main letakkkk je sampai bertimbun. Susun la weh biar kemas sikit walaupun dalam sink. Orang yang nak membasuh pun rasa sakit hati sebab bertimbun cawan kat bawah, periuk kat atas. Betul kita tong duit ramai2, tapi tong2 duit tu untuk benda makan, bukan untuk tenaga. Jadi bila dah mula bekerjasama, tolong la bagi komitmen. Tu je.
Aku rasa dalam apa2 situasi pun, kalau kau paham apa maksud HORMAT sesama manusia, benda2 macam ni takkan jadi. Ok dah la. Oleh sebab balik tadi aku stress, lepas tu hint pulak takde, maka aku pun cari alternative untuk alihkan perasaan marah aku. Caranya?
1- Tulisssssssss semua benda kat sini lepas tu rasa lega. *phewwww*
2- Sambil tulis sambil call 1300-13-1300
Makanan memang takkan pernah fail untuk buat kau rasa bahagia.
Ok dah, selamat makan ye =)
Ok dah, selamat makan ye =)

2 Response to If we lose love and self respect to each other, this is how we finally die - Maya Angelou
Aku kalau marah aku suka MAKAN !!
aku pun. rasa mcm puasssss gilaaa
Post a Comment